Sunday, May 13, 2018

SST Atau GST, Kedua-Duannya Haram Di Sisi Islam 


Berita:


KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) — Rakyat akan mengalami kerugian yang lebih sekiranya cukai barang dan perkhidmatan (GST) dimansuhkan dan sistem cukai jualan dan perkhidmatan (SST) diguna pakai semula, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.


Menurut Najib, manifesto pembangkang adalah contoh hasutan dan mainan persepsi kerana GST bukanlah punca sebenar kenaikan harga barang dan kos sara hidup. 


Berita penuh: bernama.com


Komentar:


Dalam kempen Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 kali ini, kesemua parti politik yang terlibat dengan demokrasi sibuk memperjuangkan keberadaan cukai di dalam negara, khususnya tentang GST dan SST demi mendapatkan kepercayaan rakyat. Kita dapat melihat bahawa tiada parti yang berani menyatakan hukum Islam bahawa sebarang bentuk pengambilan harta kaum muslimin untuk menguruskan negara (dharibah/cukai) ialah haram kecuali negara berada di dalam krisis, tanpa perlu dilihat lagi sama ada ia GST atau SST. Hal ini boleh jadi kerana parti-parti ini jahil tentang hukum Islam berkenaan sumber pendapatan negara yang dibenarkan syarak atau mereka sengaja untuk tidak menyampaikan kebenaran kerana di dalam PRU, undi ialah segalanya demi mendapatkan kekuasaan. Lebih teruk lagi sekiranya parti tersebut sememangnya menolak hukum Allah untuk diterapkan.


Islam telah menggariskan sumber-sumber negara yang syarie iaitu ghanimah, fai’, kharaj, ‘usyur, khumus, rikaz, jizyah dan lain-lain. Sumber-sumber inilah yang akan menampung perbelanjaan negara untuk semua sektor. Sekiranya negara mengalami krisis sumber pendapatan dan hukum syarak tidak dapat dijalankan dengan sempurna (seperti mendanai ekspedisi jihad, mengelola kebajikan rakyat, hal-hal pentadbiran, dan lain-lain) kerana kekurangan sumber pendapatan, maka di sini hukum syarak membenarkan dharibah dikutip demi perlaksanaan hukum syarak. Kutipan tersebut tertakluk kepada ketentuan-ketentuan syarak seperti jumlah dharibah/cukai yang boleh dikenakan ke atas individu. Kutipan dharibah berdasarkan kepada lebihan daripada keperluan hidup seseorang serta hanya dipungut daripada kaum Muslimin sahaja. Begitu juga dengan had maksimum keseluruhan kutipan cukai atau dharibah tertakluk kepada jumlah yang diperlukan oleh negara untuk keluar daripada krisis sahaja (tiada lebihan, dan tiada lagi cukai selepas sumber telah cukup).


Persoalanya, adakah wujud parti yang akan menjelaskan hukum Allah sebegini dan akan berusaha menerapkannya secara sempurna (syumul) dan menyeluruh (kaffah)?


Shah Sinan

Aktivis Hizbut Tahrir Malaysia


#BeritaKomentar #GST #SST #KeduanyaHaram #CukaiHaram  #EkonomiKapitalis #TerapIslamKaffah


Bagikan Yuk!

Pengelola:

Informasi yang ada di web ini semoga bermanfaat buat pembaca sekalian. Amin!

0 comments:

Mohon komentarnya santun dan sopan!