Tuesday, May 15, 2018

Perkhidmatan Kesihatan Wajib Diberi Percuma 


Oleh: Syamsiyah Jamil (Aktivis MHTM)


Berita:


Kerajaan Malaysia komited dalam memberikan perkhidmatan kesihatan terbaik kepada rakyat sehingga diberi pengiktirafan oleh dunia. Ini terbukti apabila Jurnal Antarabangsa Pelancongan Kesihatan mengiktiraf Malaysia sebagai destinasi pelancongan kesihatan dan perubatan  selama tiga tahun berturut - turut daripada 2015 hingga 2017.


Kerajaan juga telah membuktikan dengan memperuntukkan bajet yang besar kepada Kementerian Kesihatan setiap tahun. Dalam manifesto Barisan Nasional untuk Pilihanraya Umum ke 14, kerajaan turut memasukkan  kesihatan sebagai salah satu daripada empat belas teras keutamaan yang diperjuangkan kerajaan lima tahun akan datang. 


Sumber berita:

 https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/04/416192/khidmat-kesihatan-malaysia-diiktiraf-dunia-pm


Komentar:


Memang tidak dapat dinafikan bahawa kerajaan Malaysia memang layak menerima pengiktirafan dunia seperti yang dilaporkan. Itulah hakikatnya yang berlaku apabila pengiktirafan dunia yang dikejar maka segenap usaha dikerahkan untuk mencapai tujuan tersebut


Tetapi pemimpin Muslim kita mungkin lupa, tidak tahu, tidak mahu atau tidak mahu ambil tahu bahawa perkhidmatan kesihatan sepatutnya diberikan secara percuma. Ya, percuma! Bukan seribu, bukan seratus dan bukan juga seringgit. 


Di Malaysia, cas pesakit luar ( am dan pakar) adalah dalam lingkungan RM1 ke RM30.  Caj wad dalam lingkungan RM3 ke RM255 mengikut kelas. Caj pembedahan pula dalam lingkungan RM10 ke RM4500. Itu baru tiga jenis perkhidmatan di hospital kerajaan. Ada beberapa lagi perkhidmatan yang turut dikenakan caj (Sumber: Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia).


Sedangkan dalam Islam, pemerintah wajib menyediakan perkhidmatan kesihatan percuma kepada setiap warganegaranya samada tua atau muda,  miskin atau kaya,  bekerja atau menganggur, lelaki atau wanita dan apa apa bangsa pun. Tidak ada satu syarat tertentu pun yang dikenakan pada setiap rakyat untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang percuma tersebut.


Pada zaman awal kekhalifahan Islam, hospital pertama didirikan di zaman Khalifah Al-Walid (705 M – 715 M) iaitu seorang khalifah daripada Bani Umayyah. Untuk merawat pesakit, Khalifah menggaji pada doktor dan jururawat.  Diberitakan  juga bahawa Hospital Islam pertama yang sebenarnya dibangunkan pada zaman kekuasaan Khalifah Harun Al-Rasyid (786 M – 809 M). Konsep pembangunan beberapa hospital di Baghdad  ketika itu merupakan idea daripada Al-Razi, seorang doktor yang juga seorang ilmuan Islam.


Ar-Razi mengajarkan murid-muridnya bahawa tujuan utama para doktor adalah untuk menyembuhkan orang sakit lebih besar berbanding niat untuk mendapatkan upah atau ganjaran material yang lain. Mereka diajar supaya tidak membezakan antara orang fakir,  orang kaya mahupun pegawai kerajaan. ('Abdul Mun'im Shafi, Ta'lim at-Thibb' Inda al-Arab, hal. 279).


Dalam Islam, hubungan Khalifah dan rakyat bukanlah hubungan antara penjual dan pembeli sehingga setiap apa yang diperlukan oleh rakyat semuanya mesti dibayar. Dalam sistem demokrasi - kapitalis hari ini, negara sedaya upaya memerah duit rakyat dengan mengatasnamakan 'kepentingan umum' atau 'masa depan negara'. Rakyat pun terpaksa menuruti kerana perkhidmatan kesihatan memang suatu keperluan  penting dalam kehidupan.


Khalifah Islam merupakan ketua negara yang berfungsi sebagai ar-ro'in (pengurus) dan al-junnah (pelindung) umat. Rasulullah SAW bersabda, 

“Sesunggunya Imam/Khalifah itu laksana perisai, tempat orang-orang berperang dibelakangnya dan berlindung kepadanya” [HR Muslim]. 


Pemimpin seperti  inilah yang diperlukan oleh umat Islam untuk mengurus keperluan hidupnya dan melindungi hak umat.   Berdasarkan hal inilah, negara berkewajipan untuk menjamin peleburan keperluan asas manusia dan tidak ketinggalan perkhidmatan kesihatan percuma.


Jelaslah di sini bahawa umat Islam tidak perlu lagi berharap kepada sistem yang menerapkan polisi yang bukan sahaja tidak mementingkan rakyat malah menyusahkan rakyat. Apa yang lebih penting adalah, sistem ini bukannya sistem yang mampu memberi kesejahteraan kerana hanya Islam lah sistem yang mampu memberi kesejahteraan dan kedamaian kepada seluruh manusia. 


#beritalokal #kesihatan


Bagikan Yuk!

Pengelola:

Informasi yang ada di web ini semoga bermanfaat buat pembaca sekalian. Amin!

0 comments:

Mohon komentarnya santun dan sopan!