Sunday, May 13, 2018

Peningkatan Jumlah Rakyat Amat Kaya Adalah Manifestasi Penerapan Kapitalisme Yang Melebarkan Jurang Antara Kaya Dan Miskin


Berita:

KUALA LUMPUR: Bilangan individu amat kaya (UHNWI) Malaysia meningkat sebanyak tiga peratus atau 30 orang pada 2016 berbanding penurunan 15 peratus pada 2015, demikian menurut Laporan Kekayaan Knight Frank 2017 yang diumumkan pada Khamis. Malaysia mempunyai seramai 1,020 UHNWI pada tahun lepas berbanding 990 orang pada 2015.

Firma perunding hartanah global itu merujuk UHNWI sebagai individu yang memiliki kekayaan atau aset bersih sekurang-kurangnya AS$30 juta (AS$1 = RM4.41) atau lebih. 


Berita penuh: astroawani.com


Komentar:


Sekiranya diamati secara kasar, peningkatan individu yang amat kaya disebabkan daripada kedudukan ekonomi negara Malaysia yang dikatakan semakin membangun dan lebih stabil semenjak 3 tahun lepas. Selain itu, kedudukan mata wang yang kukuh berbanding dolar secara tidak langsung menunjukkan peningkatan golongan kaya tersebut. Bilangan individu amat kaya (UHNWI) Malaysia telah menunjukkan peningkatan yang sangat menakjubkan sejak tahun 2016.


Suatu kaji selidik daripada organisasi kebajikan, Oxfam International mengatakan jika dijumlahkan harta kekayaan dan aset bagi kesemua bilionair di seluruh negara menunjukkan kekayaan mereka bertambah sebanyak AS$762 bilion. Namun, ada perkara yang perlu dipersoalkan iaitu, adakah angka tersebut boleh dibanggakan atau sekadar satu simbol yang tidak membawa erti apa-apa? Begitu juga, adakah dengan peningkatan individu yang amat kaya itu menunjukkan kedudukan ekonomi negara semakin stabil serta kadar kemiskinan semakin menurun?


Menurut Pengarah Eksekutif Oxfam International, Winnie Byanyima, peningkatan tersebut hanya meningkatkan dan melebarkan jurang ketidaksamarataan dan menunjukkan simptom sistem ekonomi yang gagal. Benar apa yang dinyatakan tersebut, bahkan inilah kesan yang sangat buruk apabila sistem ekonomi negara bertunjangkan kepada sistem kapitalisme. Penerapan sistem ekonomi kapitalisme ini sebenarnya telah mewujudkan jurang yang besar di antara golongan kaya dan miskin.


Pembahagian harta secara adil dan saksama tidak akan pernah berlaku dalam sistem ekonomi kapitalis kerana fokus yang diberikan hanyalah kepada pembangunan yang menyebabkan individu yang kaya mengambil segala peluang yang ada untuk mengejar dan menambahkan lagi kekayaan. Manakala bagi golongan miskin pula akan terus ketinggalan dan bertambah miskin disebabkan oleh ketidakmampuan mereka.


Oleh itu, kembali kepada sistem ekonomi Islam merupakan suatu kemestian untuk memelihara semula pembangunan ekonomi dalam sesebuah negara. Syariat Islam yang menyeluruh perlu diterapkan agar pembangunan ekonomi yang pesat selari dan dapat dirasai oleh setiap golongan rakyat dalam sesebuah negara. Islam tidak pernah melarang untuk meraih kekayaan daripada sumber yang halal, tetapi dalam masa yang sama Islam juga sentiasa memelihara keseimbangan bagi seluruh umat.


#BeritaKomentar #ManifestasiKapitalis  #EkonomiNegara #EkonomiIslam #TegakSyariat


Bagikan Yuk!

Pengelola:

Informasi yang ada di web ini semoga bermanfaat buat pembaca sekalian. Amin!

0 comments:

Mohon komentarnya santun dan sopan!