Kerajaan JOHOR Malaysia bagian dari keKHILAFAHAN USTMANI

RemajaIslamHebat.Com - Kegemilangan kesultanan Johor banyak dipengaruhi oleh hubungannya dengan KhilafahOthmaniyyah. Ia diperintah oleh pemerintah-pemerintah dari Kesultanan Melaka sehingga tahun
1699 Masihi iaitu dengan kemangkatan Sultan Mahmud Shah yang digelar juga “Sultan MangkatDijulang.”

MengikutHikayat Johorkarangan Mohd Said Haji Sulaiman, selepas kemangkatanSultan Mahmud maka putuslah nasab Sultan Johor. Selepas kemangkatannya, kerajaan Johor diperintah oleh golongan Bendahara dengan dilantikputera Tun Habib Dato’ Bendahara SriMaharaja Padang Saujana Johor sebagai Sultan dengangelaran Sultan Abdul Jalil (Mohd SaidHaji Sulaiman: 1940).
Walau bagaimanapun mengikutSalasilah Melayu danBugis
, keturunan Raja dan Bendahara Johor adalah berasal dari satu keturunan (Mohd Yusuf MdNor: 1984).
Daripada keturunan Bendahara Sri Maharaja inilah negeri-negeri Melayu telahberpecah kepada beberapa buah negeri dengan diperintah oleh Sultan Johor, Sultan Pahang,Sultan Lingga-Riau, Sultan Selangor dan Sultan Perak.
Kesultanan Johor-Riau pula telah ditubuhkan dengan
bantuan “anak-anak RajaBugis Lima Bersaudara” yang dapat mengalahkan Raja Kecil pada tahun 1722 Masihi. Raja
Kecil telah mengaku dirinya sebagai waris “Sultan M
ahmud mangkat dijulang.” Kemudian dilantik Sultan Sulaiman putera kepada Sultan Abdul Jalil sebagai Sultan Johor-Riau(Ibid).

Kenyataan kedua-dua sumber di atas jelas menunjukkan bahawa pemerintah Johor selepas tahun 1699 Masihi adalah daripada keturunan Bendahara Melaka. Ia berkekalan sehingga kepada pemerintahan Sultan Mahmud Ibn Sultan Abdul Jalil (Ibid).
Baginda telah meninggalkan dua orang putera iaitu Tengku Hussin dan Tengku Abdul Rahman. Dengankedatangan Sir Stamford Raffles pada tahun 1819M, kerajaan Johor-Riau telah dibahagikan kepada dua kerajaan iaitu Tengku Hussin sebagai Sultan
Johor dan Singapura, manakala Tengku Abdul Rahman sebagai Sultan Riau-Lingga (Ernst Ulrich Kratz: 1973).

Pembahagian tersebut telah memulakan zaman kejatuhan empayar Johor-Riau pada abadke-18 Masihi. Pembahagian rasmi kedua-dua negeritersebut dibuat pada tahun 1824 Masihi di
antara Inggeris yang mewakili Sultan Johor dan Singapura, dengan Belanda yang mewakiliSultan Riau-Lingga (ibid).

Walau bagaimanapun hubungan kedua-dua kerajaan tersebut terus berjalan dengan baik sehingga lenyap kerajaan Riau
-Lingga pada tahun 1911 Masihi apabila Sultan Abdul Rahman Muazzar Shah iaitu Sultan Riau- Lingga yang kelima dipecat oleh
pemerintah Belanda (Buyong Adil: 1980). Pengaruh Khilafah Othmaniyyah telah menjadikan hubungan dua kerajaan ini begitu kuat dalam melaksanakan sistem pemerintahan Khilafah Islam.

Kewujudan tokoh-tokoh karyawan Islam seperti Raja Ali Haji dan Raja Ali Kelana pula banyak mendekatkan Johor dengan pengaruh Khilafah Othmaniyyah dari aspek pentadbiran, perundangan, pendidikan dan sebagainya.

HUBUNGAN JOHOR DENGAN KHILAFAH OTHMANIYYAH
Pada pertengahan tahun 1860an, Sultan Abu Bakar dal
am rangka lawatannya ke Eropah telah berkesempatan melawat Khalifah Othmaniyyah diIstanbul. Sebagai tanda ke atas
hubungan baik kedua belah pihak, baginda kemudiannya diiktiraf sebagai Sultan Johor oleh Kerajaan Othmaniyyah Turki mulai 13.02.1886.

Baginda memakai gelaran sultan dengan gelaran
Sultan Abu Bakar Alkhalil Ibrahim Shah. Baginda juga telah dikurniakan dua orang wanita iaitu Khadijah Hanum untuk bernikah dengan Sultan Abu Bakar dan Ruqayyah Hanum untuk
bernikah dengan Engku Majid bin Temenggung Ibrahim
iaitu adinda Sultan Abu Bakar. Mereka dari wanita-wanita kesayangan ibu sultan dan isteri Sultan.

Tugasnya adalah sebagai pengelola di
istana Khilafah. Mereka dari keturunan Kaukasia diutara Turki, kini dipanggil Georgia, Rusia.
Perkahwinan Sultan Abu Bakar dengan Khadijah Hanum berlangsung pada 22.09.1893 diIstanbul, Turki dan telah dilantik menjadi Sultanah pada 28.02.1894 di Istana Zahara, Johor
Baharu. Seorang wanita berbangsa Turki. Mangkat di
Woodneuk, Tangling, Singapura pada 01.02.1904 dan dimakamkan di Makam Temenggong. Manakala perkahwinan Ruqayyah Hanum dengan Ungku Abdul Majid telah menghasilkan tiga orang cahaya mata. Salah seorang daripadanya ialah Ungku Abdul Hamid, ayah kepada Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz, bekas
Naib Canselor Universiti Malaya.

Hubungan Johor dengan Khilafah Othmaniyyah amat akrab khususnya sejak tahun 1885 iaitu apabila Johor diperintah oleh Sultan Abu Bakar hinggalah tahun 1922 di bawah
pemerintahan Sultan Ibrahim. Beberapa buah bangunan khasnya istana-istana dan masjid-masjid dipengaruhi oleh bentuk-bentuk bangunan lama di wilayah Khilafah Othmaniyyah. Pada 22 Februari 1893, Sultan Abu Bakar dan Dato’ Abdul Rahman bin Andak iaitu Dato’ Seri Amar DiRaja Johor telah melawat ibukota Khilafah Othmaniyyah dan berjumpa dengan Sultan Abdul
Hameed Ke-2 di Turki. Sultan Abu Bakar dan pengiring-pengiringnya dikurniakan bintang-bintang kebesaran Darjah Utama Khilafah Othmaniyyah
. Hikayat Johor meriwayatkan (MohdSaid Haji Sulaiman: 1951):

“Hingga pada akhirnya lantaslah Yang Maha Mulia (Sultan Johor) berjumpadengan Yang Maha Mulia Sultan Abdul Hamid Khan di K
onstantinopel(Istanbul). Maka diterimalah oleh baginda dengan sebaik-baik terimaan serta diraikan dengan secukup-cukupnya kerana amatlah gemar Yang Maha Mulia
Sultan Turki itu melihatkan seorang raja sebelah timur begitu baik bawaan dan aturannya pada hal beragama Islam.”

Berdasarkan hubungan Johor dan Khilafah Othmaniyyah yang begitu erat, dapat dikatakan bahawa Johor sebenarnya telah diperintah menggunakan sistem Khalifah, iaitu berada di bawah naungan Khilafah Othmaniyyah dan bukannya sistem "British" seperti yang digambarkan di dalam buku-buku sejarah.

Sumber:

FP: Sejarah Khilafah

Post a Comment

0 Comments